story from pakden: February 2007


Friday, February 16, 2007
「HARI-HARI AKU KAT DQ 」

13 Jan, hari pendaftaran. Aku check in ke DQ. Hari tu jugak stat minggu orientasi. Mesti ade punye
orientasi kan. Biasela mane ade institusi yang takdak orientasi... budak tadika pun ade orientasi maa.. tiga hari lepas tuh kene mula menghafal, cepat btul.. xdan nak rileks.. nak wat camner kami bebudak sijil muqarra die banyak dalam satu sem. Takut budak x lepas muqarra la tu..setiap hari kami kene bagi tasmi' kecualilah hari cuti. Nak bagi brape banyak tu itu kene ikut ustaz yang amik tasmi', ade yang sikit, ade yang ikut suka. Aku dapat ustaz yang ikut suka, so nak bagi sikit ke banyak atas kerajinan kitorang la..

Sebagai budak sijil DQ-UIA, so kami ade jugak blaja subjek UIA macam English dan Religions In Malaysia(RIM), ade jugak blaja Tajwid(ni mesti la blaja kalau nak mengaji..betul tak?)

Kat DQ ni biah die biah solehah gak la...biah jamilah pu ade gak..memang la, dah la jauh dari bandar, kat tepi bukit plak tu, siap ade tasik lagi(bekas lombong). Orang kata KKB(Kuala Kubu Bharu) ni Kiri Kanan Bukit, memang pun. Hehe...kalau nak main air terjun , ade merata kat sini. Biase la kat kaki bukit.

Sekarang aku tengah cuti, cuti raya Cina. Ramai gak budak DQ tak balik coz diorang ade periksa terutama bebuak diploma...kesian tapi takpa nanti depa angkut cuti 2 bulan terus...hampeh btul la.
Nak hafal quran kene la bersabar dan tabah..orang kata nak hafal tu bolehla, tapi nak ingat sampai mati tu yang kene korban. Kalau tidak macam mane nak jadi Hamalatul Quran.

Pesanan kepada diriku:"Ingatlah bahawa Allah telah memilih ko untuk hafal Kalam-NYA, teruskan perjuangan ko tu...Allahuakbar"

"Ya Allah terangkanlah dada kami dengan sinar keimananMU, bersihkanlah hati ini agar sentiasa mudah untuk menghafal KalamMU dan ilmuMU, jadikan kami pejuang-pejuang AgamaMu yang begitu cintakan syahid....Amin Ya Rabbala'lamin"




Monday, February 12, 2007
「AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA 」



Hari ini genap 58 tahun syahidnya Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin. Semasa hayatnya dipenuhi dengan perjuangan Islamnya yang agung. Tinggalan utamanya, USRAH menjadi ikutan jutaan umat islam di seluruh dunia.

Pemergian Imam Hasan Al-banna bukan untuk ditangisi, tapi pemergiannya akan terus melahirkan generasi-generasi yang akan terus memperjuangkan islam. Islam pasti gemilang.

Allahuakbar!!!